Monday, August 16, 2010

Bersamamu Al-Aqsa


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan ummat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

Setiap hari kita mendengar dan melihat kekejaman zionis yahudi mengusir dan membunuh rakyat palestin. Mereka adalah saudara satu aqidah dengan kita, yang hidup mereka bertuhankan allah yang Esa. Maka persoalannya siapakah mereka di mata pandangan kita? Adakah mereka ini pengemis yang hina berusaha untuk mendapat belas kasihan di tepi jalanan kemudian kita sebagai pejalan kaki di situ hanya memandang dengan endah tak endah. Sanggupkah kita hanya melihat tanah para anbia yg telah diwakafkan oleh saidina umar dirampas dan saudara kita di bunuh sewenangnya. Orang yang beriman hidupnya tidak lari dari bertakwa kepada allah dan bersaudara kemudian barulah kita menyeru kpada amal ma'aruf nahi mungkar.(4;102-104)
kalau kita mgaku duat seperti ayat diatas tidak mengendahkan hal ini apatah lagi orang biasa di sekeliling kita.

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.(Al Hujuraat :10)

Cukuplah al-quran itu sebagai pemandu hidup kita dan isu palestin ini menjadi kayu pengukur di tahap mana kita beriman dengan ayat di yang di sebutkan diatas. Sesungguhnya orang beriman itu hidupnya bersaudara, maka bantulah mereka di palestin demi kedamaian umat islam di seluruh dunia.Moga dengan usaha kesatuan ini di rahmati oleh allah lalu di berikan pertolongan dan kemenangan seperti yang dijanjikan.

SHIFT YOUR PARADIGM
FIGHT ISRAEL FREE AL-AQSA(FIFA)

No comments:

Post a Comment