Sunday, March 28, 2010

Pasti Aku

Dengarkanlah lagu yang tak seberapa ini dariku yang digubah lagu dan liriknya sendiri.Tapi disini hanyalah masih sekadar demo untuk didengar dan sudi-sudilah untuk memberi komen.Komen anda amat berharga !


Link untuk muat turun :

http://www.ziddu.com/download/9185805/PastiAku.wav.html

Lagu : Pasti Aku
Lirik : Mohd Faiz (mfaiz62@gmail.com)
Muzik : Mohd Faiz (mfaiz62@gmail.com)

Ku terus melangkah
Menuju satu cita
Dengan penuh pasti
Aku ke sana

Ku tak ingin lagi
Ulangi semula
Kesilapanku
Yang telah berlalu

Lihatlah dunia ini
Dengan mata hatimu
Kau kan rasakan
Keindahannya

Warna-warni hidupmu
Penuh suka duka
Menjadi lumrah
Hidup seorang insan

Gunakanlah masamu dengan sebaik-baiknya
Kelak kaukan menyesalinya...


Semoga anda terhibur !!!

Saturday, March 27, 2010

Langkah Tercipta




Lagu asal adalah daripada The Climb oleh Miley Cyrus. Melodinya yang best membuatkan tertarik untuk dinyanyikan semula didalam versi melayu menggunakan minus lagu yang asal.

Link untuk dimuat turun didalam format audio :

http://www.ziddu.com/download/9185179/LangkahTercipta.wav.html

Lagu : Langkah Tercipta
Lirik : Mohd Faiz (mfaiz62@gmail.com)
Muzik : Copyright

Hampirku melihat mimpi-mimpiku
Tapi ada sesuatu yang seakan menghalang
Setiap langkahku membuatku rasa
Hilang arah tujuan entah kemana

Tapi kuharus tabah
Maju terus kehadapan

Halangan demi halangan
Akanku teruskan jua
Menempuh onak berliku
Tak membuatku mengalah

Hampirkah aku kesana
Apa yang menanti disana

Teruskan...

Semoga anda terhibur !!!

It's the Climb


Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan yang penuh dengan warna-warni untuk ditempuhi.Sepanjang perjalanan inilah kita akan menempuhi pengalaman demi pengalaman yang akan mengajar kita.


Cuma sejauh mana kita akan belajar dengan pengalaman yang telah ditempuhi.Oleh kerana itulah proses pendidikan didalam hidup seseorang manusia itu adalah sangat penting bukan hanya pendidikan secara formal tetapi juga banyak lagi proses pendidikan yang tidak formal yang sering diabaikan oleh manusia.


Mungkin pendidikan yang dilalui oleh seseorang manusia itu akan mempengaruhi pengalaman yang akan dilaluinya kerana seseorang itu akan bertindak mengikut apa yang telah difahami didalam proses pendidikan.


3 persoalan asas yang sangat penting untuk difahami iaitu dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan kemana kita selepas ini yang akan membentuk kehidupan seseorang itu.Mungkin semua ini tidak kita akan dapat memahaminya dalam sehari ,sebulan,setahun malah hingga kehujung usia hidup.


Proses pendidikan dan pengalaman ini akan terus berlaku didalam kehidupan manusia samaada secara kita sedar atau tidak dimana hasil daripada kehidupan didunia akan diperolehi nanti.Saat dimana tiada berguna lagi penyesalan.


Oleh itu, teruskanlah memahami erti hidup ini dalam erti kata yang sebenarnya...

IT'S THE CLIMB !

Saturday, March 20, 2010

Ibarat disindir Rasulullah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Khabab bin Art ra, ia berkata, "Kami pernah mengadu kepada Rasulullah ketika beliau sedang istirahat berbantalkan senjata, di bawah naungan Ka'bah. Kami berkata, ‘Tidakkah engkau meminta pertolongan (kemenangan) untuk kami, tidak berdoa untuk kami?'" Beliau menjawab, "Orang-orang sebelum kalian, ada laki-laki yang dibuatkan lubang lalu dipendam di dalamnya, kemudian digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua, dan disisir dari sisir besi sehingga menembus daging dan tulangnya, tapi hal itu tidak membuatnya berpaling dari agamanya. Demi Allah, sungguh Allah akan menyempurnakan urusan ini hingga seorang pengendara berjalan dari Shan'a menuju Hadramaut tidak ada yang dia takuti kecuali Allah dan serigala atas kambingnya, akan tetapi kalian tergesa-gesa."

Suatu hadith yang biasa kita baca atau dengar tentang tergesa-gesa, tentang ketidaksabaran dalam menghadapi ujian, dan pada masa yang sama menunjukkan betapa hebatnya ujian yang dihadapi oleh pendahulu kita.

Dalam hadith ini apabila para sahabt mengadu kepada rasulullah, rasulullah malah menceritakan bahawa golongan sebelum mereka, telah menghadapi ujian yang lebih besar dan dasyat berbanding para sahabat di waktu itu, tetapi tetap mereka istiqamah dalam agama mereka.

Dan pada pengakhiran hadith di atas, hanya kerana para sahabat meminta rasulullah untuk berdoa kemenangan, mereka sudah dipanggil tergesa-gesa, walaupun sebenarnya kita mengetahui melalui sirah bahawa para pendahulu generasi islam tersebut telah banyak menderita dengan cubaan-cubaan dari golongan musyrik.

Jadi sebenarnya...apabila diamati hadith ini, kita seakan akan merasa tersindir. Kenapa? Kerana kita mengetahui bahawa ujian yang kita hadapi dalam seharian hidup kita, hanyalah ujian yang kecil jika nak dibandingkan dengan para sahabat dulu. hanya dengan masalah studi, tiada wang, sakit dan sebagainya kita sudah banyak mengadu dan mengeluh seakan-akan kita mempersalahkan Allah atas apa yang menimpa. sedangkan itu hanyalah tak seberapa jika dibandingkan ujian para sahabat radhiallahu anhum.

jadi banyakkan bersabar. motivasi kita, dengan melihat kepada sirah pendahulu kita. dan selalu bertanya kepada diri setelah membaca hadith di atas

ADAKAH HATI AKU TERASA IBARAT DISINDIR RASULULLAH?



sumber: Mohd Azizi Bin Ahmad,Dublin-Ireland