Saturday, March 20, 2010

Ibarat disindir Rasulullah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Khabab bin Art ra, ia berkata, "Kami pernah mengadu kepada Rasulullah ketika beliau sedang istirahat berbantalkan senjata, di bawah naungan Ka'bah. Kami berkata, ‘Tidakkah engkau meminta pertolongan (kemenangan) untuk kami, tidak berdoa untuk kami?'" Beliau menjawab, "Orang-orang sebelum kalian, ada laki-laki yang dibuatkan lubang lalu dipendam di dalamnya, kemudian digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua, dan disisir dari sisir besi sehingga menembus daging dan tulangnya, tapi hal itu tidak membuatnya berpaling dari agamanya. Demi Allah, sungguh Allah akan menyempurnakan urusan ini hingga seorang pengendara berjalan dari Shan'a menuju Hadramaut tidak ada yang dia takuti kecuali Allah dan serigala atas kambingnya, akan tetapi kalian tergesa-gesa."

Suatu hadith yang biasa kita baca atau dengar tentang tergesa-gesa, tentang ketidaksabaran dalam menghadapi ujian, dan pada masa yang sama menunjukkan betapa hebatnya ujian yang dihadapi oleh pendahulu kita.

Dalam hadith ini apabila para sahabt mengadu kepada rasulullah, rasulullah malah menceritakan bahawa golongan sebelum mereka, telah menghadapi ujian yang lebih besar dan dasyat berbanding para sahabat di waktu itu, tetapi tetap mereka istiqamah dalam agama mereka.

Dan pada pengakhiran hadith di atas, hanya kerana para sahabat meminta rasulullah untuk berdoa kemenangan, mereka sudah dipanggil tergesa-gesa, walaupun sebenarnya kita mengetahui melalui sirah bahawa para pendahulu generasi islam tersebut telah banyak menderita dengan cubaan-cubaan dari golongan musyrik.

Jadi sebenarnya...apabila diamati hadith ini, kita seakan akan merasa tersindir. Kenapa? Kerana kita mengetahui bahawa ujian yang kita hadapi dalam seharian hidup kita, hanyalah ujian yang kecil jika nak dibandingkan dengan para sahabat dulu. hanya dengan masalah studi, tiada wang, sakit dan sebagainya kita sudah banyak mengadu dan mengeluh seakan-akan kita mempersalahkan Allah atas apa yang menimpa. sedangkan itu hanyalah tak seberapa jika dibandingkan ujian para sahabat radhiallahu anhum.

jadi banyakkan bersabar. motivasi kita, dengan melihat kepada sirah pendahulu kita. dan selalu bertanya kepada diri setelah membaca hadith di atas

ADAKAH HATI AKU TERASA IBARAT DISINDIR RASULULLAH?



sumber: Mohd Azizi Bin Ahmad,Dublin-Ireland


No comments:

Post a Comment