Saturday, March 27, 2010

It's the Climb


Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan yang penuh dengan warna-warni untuk ditempuhi.Sepanjang perjalanan inilah kita akan menempuhi pengalaman demi pengalaman yang akan mengajar kita.


Cuma sejauh mana kita akan belajar dengan pengalaman yang telah ditempuhi.Oleh kerana itulah proses pendidikan didalam hidup seseorang manusia itu adalah sangat penting bukan hanya pendidikan secara formal tetapi juga banyak lagi proses pendidikan yang tidak formal yang sering diabaikan oleh manusia.


Mungkin pendidikan yang dilalui oleh seseorang manusia itu akan mempengaruhi pengalaman yang akan dilaluinya kerana seseorang itu akan bertindak mengikut apa yang telah difahami didalam proses pendidikan.


3 persoalan asas yang sangat penting untuk difahami iaitu dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan kemana kita selepas ini yang akan membentuk kehidupan seseorang itu.Mungkin semua ini tidak kita akan dapat memahaminya dalam sehari ,sebulan,setahun malah hingga kehujung usia hidup.


Proses pendidikan dan pengalaman ini akan terus berlaku didalam kehidupan manusia samaada secara kita sedar atau tidak dimana hasil daripada kehidupan didunia akan diperolehi nanti.Saat dimana tiada berguna lagi penyesalan.


Oleh itu, teruskanlah memahami erti hidup ini dalam erti kata yang sebenarnya...

IT'S THE CLIMB !

No comments:

Post a Comment